Rata-rata rakyat Malaysia mempunyai akaun KWSP. Ramai yang mengharap sepenuhnya kepada simpanan KWSP sebagai persediaan persaraan mereka. Persoalannya, cukupkah simpanan KWSP anda menampung hidup dan keperluan selepas persaraan? Dipetik dari post di laman sesawang Berita Harian yang bertarikh 25 September 2020, Datuk Mohd Naim Daruwish yang merupakan Timbalan Ketua KWSP (Operasi), berkata, simpanan yang kurang RM50,000 itu tidak mencukupi untuk mereka menjalani kehidupan harian yang memerlukan perbelanjaan asas RM1,000 sebulan. "Purata jangka hayat rakyat Malaysia meningkat kepada 75 tahun dan ia bermakna kita akan menempuh tempoh persaraan selama 20 tahun jika kita bersara pada usia 55 tahun. Berdasarkan kajian KWSP, tahap pengurusan kewangan secara bijak atau literasi kewangan dalam kalangan rakyat negara ini hanyalah 36 peratus dan ia jauh ketinggalan berbanding Singapura 59 peratus dan Myanmar 52 peratus," katanya. Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk menambah simpanan persaraan kita selain daripada hanya mengharapkan simpanan KWSP? Jika ditolak dengan pengeluaran i-citra dan i-lestari tempoh hari. Berapakah baki yang tinggal dalam simpanan KWSP anda? Jom saya kongsikan 5 cara persediaan persaraan selain daripada KWSP. 1. Unit Amanah (Unit Trust)Unit amanah, amanah saham atau lebih dikenali sebagai unit trust merupakan satu skim pelaburan saham yang mana anda memberi kepercayaan kepada Fund Manager untuk melabur dan menguruskan pelaburan anda di unit-unit saham tertentu. Dividen akan diberikan kepada anda adalah tidak tetap bergantung kepada pasaran saham semasa. Jika pasaran saham dalam keadaan yang menguntungkan, anda dapat lebih. Begitu juga sebaliknya. Dana unit amanah anda akan dilaburkan di dalam 3 jenis instrumen kewangan:
Pilihan unit amanah di Malaysia:
Berikut merupakan beberapa pilihan unit amanah yang terdapat di Malaysia. Terdapat banyak lagi pilih unit amanah yang anda boleh laburkan duit anda yang bukan hanya terdiri daripada bank-bank di Malaysia malah ada juga syarikat pelaburan antarabangsa dan tempatan yang menawarkan khidmat pengurusan dana bagi unit amanah. Sebelum membuat keputusan untuk meletakkan duit anda di mana-mana platform pelaburan. Saya nasihatkan supaya anda dapat membuat background check terhadap syarikat-syarikat pelaburan pilihan anda. Anda boleh dapatkan list syarikat pengurusan dana islamic di sini. 2. Amanah Hartanah Bumiputra (AHB)Jika Amanah Saham melabur dalam saham, sesuai dengan namanya Amanah Hartanah Bumiputra (AHB) adalah skim pelaburan dalam sektor hartanah yang dikelola oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB). PHB merupakan sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki oleh Yayasan Amanah Hartanah Bumiputra (YAHB). Sama seperti unit amanah, dividen yang anda dapat bergantung pada pasaran dan keuntungan semasa. Antara hartanah yang dimiliki oleh PHB adalah:
Jika anda mempunyai minat dalam pelaburan hartanah boleh layari laman sesawang PHB di sini. Bolehlah anda beritahu kawan-kawan yang anda owner PJ 33 bila shopping-shopping di sana. 3. Simpanan Tetap (Fixed Deposit) Jika dividen unit amanah dan unit hartanah bergantung pada pasaran, lain pula dengan skim simpanan tetap atau fixed deposit. Skim simpanan tetap merupakan sejenis simpanan di bank atau akaun pelaburan yang memberikan faedah yang tetap dengan syarat anda simpan dan tidak mengeluarkan dana tersebut dalam satu jangka masa yang ditetapkan. Anda akan dapat semula duit anda setelah mencapai tempoh matang. Lebih lama jangka masa anda menyimpan lebih tinggi faedah yang anda dapat. Jika anda berminat untuk menyimpan dan mendapat pulangan tetap bolehlah rujuk di bank-bank berdekatan dengan anda. Bank-bank yang menawarkan perkhidmatan simpanan tetap:
4. Pelan PersaraanMungkin anda selalu dengar perkataan pencen yang sinonim dengan mereka yang bekerja di dalam sektor kerajaan. Jika anda bekerja dalam sektor swasta, anda sebenarnya boleh menyimpan di dalam pelan persaraan atau Private Retirement Schemes (PRS). Skim pelan persaraan bagi pekerja swasta ada ditawarkan oleh beberapa bank, syarikat pengendali takaful dan juga syarikat pelaburan. Terpulang kepada anda yang mana satu menjadi pilihan hati. Lain syarikat lain kadar bayaran dan pulangan yang dijanjikan. Pastikan platform yang anda pilih berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti bagi mengelakkan perkara-perkara yang tak diingini berlaku kepada duit simpanan anda. 5. Pelaburan TakafulSelain daripada pampasan kematian, sakit kritikal, hilang upaya kekal dan medical card. Syarikat pengendali takaful juga menyediakan perkhidmatan pelaburan yang didatangkan sekali dengan perlindungan bagi peserta-peserta takaful.
Anda bukan sahaja dapat menyimpan untuk persaraan anda, tapi anda juga akan dapat manfaat-manfaat perlindungan takaful jika anda ditimpa musibah sebelum persaraan. Boleh kata covered from all angle jugalah. Anda meninggal dibayar, anda sakit dibayar, anda cacat dibayar, anda bersara juga dapat duit. Seperti skim-skim pelaburan yang saya ceritakan sebelum ini, pulangan yang anda akan nikmati adalah bergantung kepada pasaran saham berkaitan. Di dalam pelaburan takaful, anda boleh memilih di pasaran mana anda ingin melabur. Jika anda tidak tahu apa-apa tentang pelaburan pun tidak mengapa. Agent-agent takaful yang terlatih akan mencadangkan fund mana yang terbaik untuk dipilih. Anda boleh tukar fund itu pada bila-bila masa. Majoriti syarikat pengendali takaful biasanya ada juga menawarkan perkhidmatan seperti skim simpanan tetap di mana anda dijanjikan pulangan pada kadar tetap cuma bezanya anda boleh memilih sama ada anda ingin memberikan sumbangan bulanan, setiap 6 bulan atau 1 tahun. Di FWD Takaful anda boleh dapat sehingga 820% daripada kadar sumbangan bulanan anda. Sumbang selama 20 tahun dan nikmati pulangan selama 30 tahun. Boleh rujuk brochure di bawah atau klik butang hubungi saya untuk maklumat lanjut.
0 Comments
Seperti yang telah diuar-uarkan oleh ejen-ejen takaful disekeliling kita. Pihak pengendali Takaful ada menyediakan produk perlindungan sakit kritikal. Apakah yang dimaksudkan dengan sakit kritikal atau juga dikenali sebagai penyakit kronik ni? Berdasarkan portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, sakit kritikal atau sakit kronik merujuk kepada sebarang penyakit yang berlanjutan lebih dari 3 bulan dan juga mengganggu kehidupan harian seseorang. Penyakit kronik boleh dirawat tetapi tidak boleh sembuh sepenuhnya. Dipetik dari laman web Astro Awani yang bertarikh 7 April 2020, 5 penyakit kritikal telah disenaraikan sebagai pembunuh rakyat Malaysia tidak mengira umur, kaum dan latar belakang. 5 Penyakit kritikal tersebut ialah sakit jantung, strok, pneumonia (jangkitan paru-paru), asma dan kanser. Anda boleh dapatkan berita penuh dengan menekan link yang ada di bawah. Kos Rawatan Sakit KritikalMungkin anda tertanya-tanya berapa kos jika kita diserang sakit kritikal ni kan? Dengan melihat gambar di bawah ini mungkin anda boleh anggar berapa kos yang diperlukan. Kos-kos ini juga akan bertambah dari tahun ke tahun disebabkan medical inflation yang berlaku. 10%-15% kenaikan setiap tahun. Banyak kan? Kenapa Syarikat Takaful Menyediakan Perlindungan Sakit Kritikal?Seperti yang telah diterangkan di atas. Sakit kritikal hanya boleh dirawat tetapi tidak boleh sembuh sepenuh. Mereka yang menderita sakit kritikal akan diberikan rawatan dan memerlukan pemantauan secara berkala oleh pihak hospital bagi memastikan kesihatan pesakit berada di paras yang memuaskan. Setiap rawatan dan check-up memerlukan belanja yang besar dan berterusan. Kualiti kesihatan pesakit juga akan terkesan akibat daripada sakit kritikal itu sendiri, kesan sampingan rawatan atau boleh juga disebabkan oleh kesan sampingan ubat-ubat yang diambil. Ini memungkinkan pesakit tidak dapat bekerja seperti biasa, terpaksa mengambil cuti yang banyak atau dibuang pekerjaan. Cuba bayangkan kita dibuang pekerjaan, siapa pula yang akan tanggung kita? Siapa pula yang akan tanggung kos rawatan dan pemantauan kita? Anak isteri kita macam mana? Disebabkan itulah syarikat pengendali takaful menyediakan perlindungan sakit kritikal. Kos yang akan ditanggung bukan sekadar kos rawatan dan check-up persakit sahaja. Makan minum, pakaian dan belanja harian keluarga juga harus dititik beratkan lebih-lebih lagi jika pesakit tersebut merupakan breadwinner atau satu-satunya orang yang menyara keluarga. Dengan mencarum perlindungan sakit kritikal, sedikit sebanyak pesakit dan keluarga pesakit dapat meneruskan kehidupan dan menampung kos rawatan dan ubat-ubatan. Perlindungan sakit kritikal yang disediakan oleh pihak takaful bukan berupa tanggungan kos rawatan tetapi lebih kepada sejumlah wang dilindungi atau sum covered yang diberikan secara lump sum kepada pesakit jika disahkan menghidap sakit kritikal. Berminat untuk mencarum?Jika anda mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser amat digalakkan untuk mencarum perlindungan sakit kritikal kerana terdapat kanser yang berisiko diturunkan melalui keturunan. Di FWD Takaful, kami menyediakan satu pelan khas untuk perlindungan sakit kritikal berserta pampasan kematian. Ia dikenali sebagai FWD Takaful CI First.
Kelebihan pelan CI First:
Klik brosur di bawah untuk maklumat lanjut. Akhir kata, jom urus harta demi legasi. Hati tenang, keluarga senang. Source: Portal Rasmi KKM Astro Awani Laman Web Hello Doctor Sebagai seorang Islam, kita digalakkan untuk menguruskan hidup kita dengan sebaiknya supaya kita dapat hidup dengan keadaan yang teratur. Ilmu tentang pengurusan masa, wang dan harta banyak dikongsikan di laman-laman web dan tidak kurang juga di aplikasi-aplikasi moden seperti Facebook, Instagram dan TikTok. Di zaman serba pantas ini, banyak ilmu dan informasi dapat kita perolehi secara online lebih-lebih lagi di zaman pandemik Covid-19 ini. Di sini saya ingin berkongsi tentang 5 Instrumen Pengurusan Harta Islam yang boleh kita ikuti dan amalkan demi memperolehi ketenangan hidup dan pahala untuk bekalan akhirat. 1. FaraidDefinisi faraid adalah pembahagian harta seorang Muslim yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta-harta pusakanya akan dibahagikan kepada ahli warisnya menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibernarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta) Dalil mengenai faraid: Maksudnya: Yang bermaksud: “Allah perintahkan kamu (mengenai pembahagian harta pusaka) untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah seperdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: seperenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya ialah ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah sepertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah seperenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al-Nisa’: 11 2. WasiatDefinisi wasiat ialah iqrar seseorang yang diperbuat pada waktu hidupnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati. Dalil mengenai wasiat: Maksudnya: (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya. Surah An-Nisa': 11 Hadis dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah bersabda: ما حَقُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ، له شيءٌ يُرِيدُ أَنْ يُوصِيَ فِيهِ، يَبِيتُ لَيْلَتَيْنِ، إِلَّا وَوَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَهُ Maksudnya: “Tidak sepatutnya seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu ingin diwasiatkan tidur dua malam melainkan dia menulis wasiat di sisinya.” (Riwayat Muslim) Riwayat Muslim 3. HibahHibah diambil dari Bahasa Arab yang membawa maksud hadiah atau pemberian. Konsep hibah yang diterapkan di dalam Islam boleh didefinisikan sebagai suatu akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh seseorang secara sukarela (tiada paksaan) terhadap harta miliknya kepada seseorang yang lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dalil mengenai hibah: Maksudnya: "dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya." Surah An-Nisa': 4 Hadis dari Abu Hurairah: تهادوا تحابوا Maksudnya: Saling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu akan saling sayang-menyayangi Riwayat Al-Bukhari 4. SedekahPerkataan sedekah amat luas maknanya. Namun, konsep sedekah dalam Islam mudah didefinisikan sebagai pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. sama ada pemberian tersebut ditujukan kepada fakir miskin, sanak-saudara atau kepentingan fi sabilillah. Dalil mengenai sedekah: Maksudnya: "Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), makan yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pulak kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahu secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah: 271 5. WakafWakaf iaitu perkataan dari Bahasa Arab yang membawa maksud berhenti, menegah dan menahan. Konsep wakaf dalam Islam membawa maksud apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T . Dalil mengenai wakaf: Maksudnya: "Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui." Surah Ali-'Imran: 92 Walaupun di dalam ayat tersebut menggunakan perkataan 'derma'. Al-Rafi'i telah mentafsirkan maksud 'derma' di dalam ayat di atas sebagai wakaf, iaitu satu-satunya ibadah yang dapat dikategorikan sebagai sedekah jariah kerana kebajikan yang diperolehi oleh pewakaf adalah ganjaran pahala yang berterusan walaupun pewakafny telah meninggal dunia dan selagi mana harta yang diwakafkan tersebut wujud dan dimanfaatkan. Daripada Ibnu Umar r.a katanya: عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عنْهُمَا قَالَ : أَصَابَ عُمَرُ أَرْضًا بِخَيْبَرَ , فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَأْمِرُهُ فِيهَا, فَقالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ , إِنِّي أَصَبْتُ أَرْضًا بِخَيْبَرَ لَمْ أُصِبْ مَالاً قَطُّ هُوَ أَنْفَسُ عِنْدِي مِنْهُ, فَقَالَ : إِنْ شِئْتَ حَبَسْتَ أَصْلَهَا وَتَصَدَّقْتَ بِهَا, قَالَ: فَتَصَدَّقَ بِهَا عُمَرُ , وأَنَّهُ لاَ يُبَاعُ أَصْلُهَا, وَلاَ يُبْتَاعُ وَلاَ يُورَثُ وَلاَ يُوهَبُ قَالَ فَتَصَدَّقَ عُمَرُ فِي الْفُقَرَاءِ وَفِي الْقُرْبَى وَفِي الرِّقَابِ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَالضَّيْفِ لاَ جُنَاحَ عَلَى مَنْ وَلِيَهَا أَنْ يَأْكُلَ مِنْهَا بِالْمَعْرُوفِ أَوْ يُطْعِمَ صَدِيقًا غَيْرَ مُتَمَوِّلٍ مَالاً. ﴾متفق عليه واللفظ لمسلم﴿ Maksudnya: Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar kemudian dia datang menghadap Nabi S.A.W untuk meminta pendapat berkenaan cara menguruskannya, katanya: Wahai Rasulullah! Saya telah mendapat sebidang tanah di Khaibar. Saya belum pernah memperolehi harta yang lebih baik daripada ini. Baginda bersabda: Jika kamu suka, tahanlah tanah itu (wakafkanlah tanah itu ) dan kamu sedekahkan manfaatnya. Lalu Umar mengeluarkan sedekah hasil tanah itu dengan syarat tanahnya tidak boleh dijual dan dibeli serta diwarisi atau dihadiahkan. Umar mengeluarkan sedekah hasilnya kepada fakir miskin, kaum kerabat dan untuk memerdekakan hamba juga untuk orang yang berjihad di jalan Allah serta untuk bekal orang yang sedang dalam perjalanan dan menjadi hidangan untuk tetamu. Orang yang mengurusnya boleh makan sebahagian hasilnya dengan cara yang baik dan boleh memberi makan kepada temannya dengan sekadarnya. Muttafaq a’laih dan susunan matan tersebut menurut riwayat Muslim Itulah dia 5 Instrumen Pengurusan Harta Islam yang boleh kita ikuti. Sebagai seorang Muslim kita telah diberikan panduan di dalam al-Quran dan hadis. Terpulang kepada kita bagaimana untuk kita implementasikan panduan-panduan yang telah diberikan di dalam hidup kita. Jika anda ingin menulis wasiat, membuat hibah dan wakaf tetapi tidak tahu apa yang perlu anda buat. Jangan segan silu hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat. Semoga amal kebaikan kita dibalas dengan pahala yang berlipat ganda sebagai bekalan kita di akhirat kelak.
Wallahu'alam. Insurans dan takaful sudah sebati dengan kehidupan kita rakyat Malaysia. Ini kerana perkara yang tidak diingini seperti kemalangan, kerosakan harta benda dan kematian boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa mengira bangsa, agama mahupun pangkat. Di masa ini, kita dapat lihat pelbagai perkara atau harta yang kita beli dengan harga tinggi didatangkan dengan insurans seperti rumah, kereta dan juga telefon pintar. Teruskan bacaan untuk mengetahui lebih lanjut tentang insurans dan takaful. Apa Itu Insurans?Menurut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat, definisi Insurans ialah perjanjian tanggungan yg dibuat oleh sesebuah syarikat utk mengganti kerugian dan bayaran premium tertentu. Siapa yang memantau pihak insurans? Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) yang bertanggungjawab mentadbir sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans ini menerusi mandat yang telah dinyatakan dalam Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia. Apa Itu Takaful?Berdasarkan laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi portal e-Muamalat atau Portal Rasmi Muamalat Dan Kewangan Islam, definisi Takaful ialah suatu skim yang berdasarkan prinsip ta`awun, jamin menjamin atau bantuan bersama. Ia memberikan perlindungan bersama aset dan harta serta menawarkan perkongsian risiko bersama sekiranya salah seorang ahlinya mengalami kerugian. Seperti insurans, PIDM juga merupakan badan yang memantau dan mentadbir sistem takaful. Perbezaan Insurans dan Takaful
Hukum Menggunakan Insurans Konvensional & PengecualianMenurut laman web JAKIM, hukum asal menggunakan produk insurans konvensional adalah haram kerana terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah dengan prinsip syarak seperti riba (faedah), maisir (perjudian) dan gharar (ketidakjelasan). Namun begitu, terdapat beberapa kenderaan berisiko tinggi yang tidak disediakan perlindungan oleh syarikat takaful diberi pengecualian dan kelonggaran berdasarkan kaedah fiqh: الضرورة تبيح المحظورات Maksudnya: Keperluan mengharuskan sesuatu yang dilarang. Walaubagaimanapun, pengecualian ini adalah tertakluk sehingga ada syarikat takaful menyediakan perlindungan takaful kepada kenderaan-kenderaan ini. Pengecualian ini adalah berdasarkan kepada kaedah: الضرورة تقدر بقدرها Maksudnya: Keperluan adalah ditentukan oleh setakat mana pentingnya ia. Sebagai seorang Muslim, kita diwajibkan oleh agama Islam untuk mencari yang halal seperti yang telah dirakamkan dalam Surah al-Baqarah ayat 168: Maksudnya: Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik; dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu
|
AuthorAnda boleh dapatkan info-info terkini, promosi dan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan saya di laman ini. ArchivesCategories |