WASIAT
Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaatnya untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang Pewarisan Islam, selepas kematiannya.
PEMBAHAGIAN HARTA TANPA WASIAT
Aset orang Islam yang meninggal dunia tanpa membuat Wasiat akan diagihkan kepada waris-waris yang berhak mengikut Faraid iaitu Undang-undang Pewarisan Islam.