Dari segi bahasa Waqaf bermaksud penahanan. Menurut istilah undang-undang Waqaf adalah pemberian yang tidak boleh dibatalkan, dibuat secara nyata atau tersirat dan harta diberi untuk tujuan kebajikan untuk mendapat pahala dari Allah SWT.
BILAKAH WAQAF BOLEH DILAKUKAN?
Waqaf boleh di buat untuk berkuatkuasa semasa hidup atau selepas kematian pembuatnya melalui Wasiat. Dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam di setiap negeri menetapkan bahawa Pemegang Amanah bagi Wakaf adalah Majlis Agama Islam bagi setiap negeri.
PERKHIDMATAN WAQAF YANG DITAWARKAN AS-SALIHIN
As-Salihin menyediakan khidmat nasihat pembentukkan Waqaf di dalam Wasiat, Amanah Hayat dan PRI-TI.