DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah. Pasangan suami/isteri mempunyai hak masing-masing ke atas Harta Sepencarian. Namun, hak tersebut perlu dituntut melalui mahkamah. Apabila berlaku kematian salah seorang suami/isteri maka pasangan yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian ke atas bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dilaksanakan.